MEMBAIK PULIH RUMAH SEBUAH KELUARGA DI FELDA JENGKA 8
Selari dengan visi dan misi syarikat yang ingin menambah baik mutu kehidupan masyarakat sekeliling, Pembinaan Jaya Depan Sdn Bhd (PJD) telah melaksanakan satu program khidmat masyarakat di Felda Jengka 8. PJD telah menawarkan khidmat untuk membaik pulih rumah salah seorang penduduk yang kurang bernasib baik di Felda Jengka 8. Keluarga ini juga adalah salah seorang penerima bantuan semasa syarikat mengadakan program “Bantuan kepada Golongan Asnaf” sebelum ini. Pihak syarikat menguruskan kesemua proses baik pulih. Syarikat kami berharap dengan bantuan ini dapat membantu mereka seiisi keluarga untuk menjalankan kehidupan seharian dengan lebih selesa.