Got questions? We would love to help

Sumbangan Duit Raya kepada Pelajar Sekitar Daerah Jerantut

Jaya Depan Group memberi sumbangan duit raya kepada pelajar yatim piatu di sekitar Daerah Jerantut yang kematian ibu bapa akibat jangkitan virus covid-19 yang melanda negara sejak Mac 2020. Sumbangan duit raya tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Syarikat, Mr. Jason Tee kepada wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah yang diiringi beberapa orang pegawai. Kami berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman kepada pelajar-pelajar tersebut dan terus tabah untuk menghadapi hari-hari yang akan datang.

Developed with by KawanElite