Syarikat telah menyumbang sebanyak RM 10,000 kepada Projek Lemari Rezeki Jerantut yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Jerantut. Program ini berlangsung sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di kawasan Jerantut dan sekitarnya pada 28 Jun 2021 sehingga 11 Julai 2021. Tujuan sumbangan ini adalah untuk membantu masyarakat di sekitar Jerantut yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh tersebut. Pihak syarikat amat berbesar hati kerana dapat turut sama menyumbang untuk program ini.