Got questions? We would love to help

Majlis Penyerahan Kunci dan Jamuan Hari Raya Taman Saujana Utama Fasa 3A.

Pemilik Taman Saujana Utama Fasa 3A Terima Kunci Kediaman Baharu dalam Suasana Aidilfitri.

3 April 2026 – Majlis Penyerahan Kunci dan Jamuan Hari Raya bagi projek Taman Saujana Utama Fasa 3A telah berlangsung dengan meriah dalam suasana penuh kegembiraan dan semangat Aidilfitri.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Haris Salleh bin Hamzah. Penyerahan kunci menjadi satu detik bermakna kepada para pemilik rumah apabila mereka secara rasmi menerima kediaman baharu yang telah siap dibangunkan.

 

Dalam lawatan tersebut, YB Tuan Haris Salleh turut meluangkan masa meninjau keadaan rumah contoh Taman Saujana Utama Fasa 3A bersama Pengarah Jaya Depan, Encik Jason Tee. Lawatan ini memberikan gambaran lebih dekat mengenai reka bentuk, susun atur serta kualiti pembangunan yang ditawarkan melalui projek berkenaan.


Penganjuran jamuan Hari Raya pada hari yang sama turut memberi peluang kepada pihak Jaya Depan untuk meraikan para pemilik rumah serta mengeratkan hubungan bersama komuniti setempat.

Majlis ini mencerminkan komitmen Jaya Depan dalam menyediakan kediaman yang selesa dan berkualiti, di samping memastikan hubungan yang baik bersama para pembeli terus diperkukuhkan selepas proses penyerahan rumah selesai.

Developed with by KawanElite