Got questions? We would love to help

Utusan Malaysia : Penyerahan Bakul Makanan Sempena Ramadhan di Berchang, Kuala Lipis


Jaya Depan Santuni Komuniti Berchang Menerusi Program Sumbangan Bakul Makanan Ramadan.


 

Pada 12 Februari 2026 – Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak, Jaya Depan telah menganjurkan Majlis Penyerahan Bakul Makanan kepada penduduk yang memerlukan di Berchang, Kuala Lipis.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mustapa bin Haji Long dan berlangsung dalam suasana penuh mesra serta semangat kebersamaan. Sumbangan bakul makanan ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan dalam membuat persiapan bagi menyambut bulan Ramadan.

 

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat Jaya Depan dalam menyantuni komuniti setempat serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Selain memberikan bantuan keperluan asas, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pihak syarikat, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat. Inisiatif seumpama ini mencerminkan keprihatinan Jaya Depan dalam memastikan pembangunan yang dilaksanakan turut memberikan manfaat dan nilai positif kepada komuniti di sekitarnya.

 

 

Developed with by KawanElite