Got questions? We would love to help

SIBS KLCC-SPARKS 2025

 

Jaya Depan Meterai Memorandum Bersama Pembeli Jerantut Square di SIBS KLCC – SPARKS 2025

Pada 10 Oktober 2025 – Jaya Depan telah menyertai program SIBS KLCC – SPARKS 2025 yang menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan kerjasama serta membina keyakinan antara pihak pemaju dan komuniti perniagaan.

Dalam majlis tersebut, satu sesi pertukaran memorandum telah berlangsung antara Jaya Depan dan para pembeli unit kedai di Jerantut Square. Majlis ini telah disaksikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

 


Pertukaran Memorandum Jerantut Square
Disaksikan Menteri Besar Pahang.

Pertukaran memorandum ini menjadi simbol kepada hubungan strategik antara Jaya Depan dan para pembeli, di samping memperlihatkan perkembangan positif projek Jerantut Square sebagai sebuah pembangunan komersial yang berpotensi untuk menjadi pusat perniagaan baharu di daerah Jerantut.

Penyertaan Jaya Depan dalam program ini turut mencerminkan komitmen syarikat dalam mewujudkan pembangunan yang berdaya maju, membina hubungan jangka panjang bersama pemilik perniagaan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat.

 

Berikut merupakan gambar semasa majlis penyerahan berlangsung:



Developed with by KawanElite