Got questions? We would love to help

Pertandingan Video Pendek

Pertandingan Video Pendek

“Tema : Transformasi Gaya Hidup Baru”

Jom sertai #TransformasiGayaHidupBaru bersama Jaya Depan dan berpeluang memenangi wang tunai bernilai sehingga RM1,200 ringgit ✨
Anda hanya perlu membuat video pendek berdurasi 3 – 4 minit mengikut tema “Transformasi Gaya Hidup Baru” dan membuat naik ke sosial media anda sebelum 23 April 2023 ini ❗️
Pertandingan ini terbuka kepada semua orang awam khususnya warga Jerantut mahupun yang menetap di luar Jerantut ~
Pendaftaran telah dibuka pada 23 Mac 2023 jam 12:00 tengahari. Pertandingan ini berakhir pada 23 April 2023 jam 11:59 malam.

Terma & Syarat Penyertaan

  1. Kelayakan: Peraduan ini terbuka kepada orang awam, khususnya penduduk Jerantut Pahang. Kemasukan boleh dilakukan dalam bentuk sebuah pasukan ataupun individu. Borang pendaftaran boleh didapati di: https://forms.gle/8JSUfqHbVDNRctLk8
       – Pautan ke video & penyertaan perlu dihantar melalui:
    1. Email : info@jayadepan.com
    2. Whatsapp : 013-222 2980
    3. Peserta perlu mengikuti semua sosial media Jaya Depan seperti berikut:
    4. Pastikan setting profail atau pautan yang dihantar adalah “Public” dan bukannya “Private”. Pautan yang tidak dapat dikunjungi dikira sebagai penyertaan yang tidak layak.
    5. “Username” social media yang tidak didaftarkan dalam Google Form tidak akan diambil kira.
  2. Format:
    1. Tema Video : Transformasi Gaya Hidup Baru di Bandar Jerantut
    2. Durasi : maximum 4 minit multimedia / video
    3. Bahasa : yang digunakan hendaklah di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan/atau Mandarin/Tamil. Video yang tidak di dalam Bahasa Melayu mesti mempunyai sari kata bahasa (subtitle).
    4. Lokasi Video : Video mestilah menggunakan info yang berada di Galeri Jualan Jaya Depan.
  3. Had: Hanya satu (1) penyertaan di antara social media Facebook/Instagram/Tiktok sahaja yang akan diadili. Sekiranya banyak penyerahan dari pasukan yang sama diterima, hanya penyerahan terakhir yang akan dinilai.
  4. Tempoh Pertandingan: Pertandingan bermula pada 23hb Mac 2023 (Khamis) jam 12:00 tengahari dan berakhir pada 23hb April 2023 (Ahad) jam 11:59 malam.
      Tarikh Akhir Penghantaran Borang Pendaftaran dan Video penyertaan adalah seperti tarikh akhir peraduan.
  5. Kriteria Penilaian Kandungan video: (selaras dengan tema seperti yang dinyatakan di atas).
    1. Kreativiti video.
    2. Ketepatan kandungan maklumat yang perlu dihuraikan di dalam video
      1. Siapakah Jaya Depan (Rujuk kepada website www.jayadepan.com)
      2. Visi Jaya Depan untuk 10,000 keluarga memiliki kediaman sendiri
      3. Projek Jaya Depan yang terkini
        1. Taman Saujana Utama (Fasa 1) – 45 unit Rumah Teres 1 Tingkat (20’x70′) dan 32 unit Rumah Berkembar 1 Tingkat (36’x80′)
        2. Taman Gelanggi Perdana 2 (Fasa 2) – 28 unit Rumah Teres 1 Tingkat (20’x95′)
      4. Keistimewaan produk dan syarikat Jaya Depan
      5. Bagaimanakah “Transformasi Gaya Hidup Baru” yang akan didatangkan kepada warga Jerantut melalui pandangan anda?
      6. Penutup – Jemput kunjungi Galeri Jualan Jaya Depan untuk maklumat lanjut. Emel : info@jayadepan.com ataupun hubungi 013-2222980 untuk maklumat yang selanjutnya
    3. Keberkesanan dalam mencapai khalayak sasaran (Jumlah “like, view & share”)
    4. Kualiti keseluruhan video
  6. Hadiah:
    1. Pemenang Utama : Wang Tunai bernilai RM 1,200.00 (individu atau pasukan)
    2. Pemenang Kedua : Wang Tunai bernilai RM 600.00 (individu atau pasukan)
    3. Pemenang Ketiga : Wang Tunai bernilai RM 200.00 (individu atau pasukan)
  7. Pemilihan dan Pemberitahuan Pemenang:
    1. Pemenang akan dipilihi dengan kriteria yang berikut :
      1. Kreativiti, Kualiti dan Kandungan Maklumat di dalam Video
      2. Jumlah “Like, View & Share” yang terbanyak pada 23hb April 2023 (Ahad)
      3. Pemenang akan dimaklumkan di laman Facebook Jaya Depan Group pada 28hb April 2023 (Jumaat) dan melalui whatsapp.
    2. Jika Pemenang tidak dapat dihubungi, gagal menuntut hadiah dalam masa 7 hari dari masa pemberitahuan anugerah dihantar, atau gagal mengembalikan perisytiharan dan pelepasan yang lengkap dan dilaksanakan tepat pada masanya seperti yang diperlukan, hadiah boleh dibatalkan dan Pemenang alternatif dipilih.
    3. Hadiah tidak boleh diwakilkan oleh ahli keluarga ataupun kenalan dan harus dituntut oleh pemenang sendiri
Sila pastikan anda membuat pendaftaran & membaca terma dan syarat kelayakan dengan mengimbas QR Code di dalam poster atau tekan link di bawah :
Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi kami melalui :
Whatsapp : 013 – 222 2980
Email : info@jayadepan.com
Jangan lupa tag kami disetiap posting video anda dan menggunakan #TransformasiGayaHidupBaru
Developed with by KawanElite